SELAMAT DATANG. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BELOG CAPUK INI. (>_<)

GEMBIRA DAN AMANLAH ADIK2KU DI SANA

apa perasaan aku? ada siapa tahu? risaukah aku,gembirakah aku,sedihkan aku? tak sesiapa pun tahu. aku bersyukur kerana tuhan masih bagi aku peluang untuk hidup,tapi aku betul2 bersyukur ke? sembahyang pun tak cukup 5 waktu sehari,aku lalai,aku leka,aku berdosa kerana tak buat apa yang disuruh,tapi buat apa yang dilarang. ya tuhanku,ko ampunkan segala dosa hambumu yang hina ni.sangat hina diri aku. ikhlas ke segala doa aku padamu?


tanpamu,aku rasa aku x tenang di dunia ini,kehidupan penuh dengan kejahatan. sesungguhnya aku telah berjanji padamu untuk menjadi hamba,anak,sahabat yang baik apabila aku lahir di dunia ini?tapi mana janji aku padamu. di saat ayah selalu cakap, sebelum lahirnya kita di dunia ni,tuhan bertanya? sanggupkah kau menepuh kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan sebagai manusia? maka aku menjawab "aku sanggup" tapi aku leka..aku tekankan di situ, "AKU LEKA", aku lupa dengan janji aku. 


4 orang adik aku yang tidak sanggup menempuh hidup di dunia ni dan lahir ketika kecil,di saat masih bersih,suci,murni. ada hikmah semuanya,kalau mereka hidup pun di dunia ni,baik atau jahat ke mereka? tuhan tu lebih tahu.amanlah kamu adik-adikku di sana. walaupun kak long x pernah melihat,bermesra,bercerita dengan kamu semua,tapi kaklong tahu kamu semua memerhatikan kaklong,mak,ayah,adik2 yang lain dari sana. tggu kaklong di sana,saat tu akan tiba juga.


kalau la kamu semua masih hidup,mesti ada yang da berumur 20tahun,19tahun,18tahun, dan 15tahun. kamu mesti da jadi kawan baik kaklong. walaupun kita x pernah bersua muka,tapi kaklong dapat rasakan kasih sayang kita sebgai adik beradik..mak ayah adik2 lain sihat jer,insyallah kaklong akan  jaga diorang sampai akhir hayat mereka..bergembiralah kamu di sana adik-adik,sesungguhnya kaklong sgt merinduimu adik2.Nur Hamizah,kaklong tak dapat merasai kesakitan yang kamu rasa ketika kamu masih bernyawa,tapi kaklong masih ingat saat2 terakhir kamu..sakit,kaklong tahu ianya sakit..sbb tu tuhan lebih sayangkan kamu semua..datanglah kamu semua dalam mimpi kaklong,bersua muka la kita adik2..walaupun hanya seketika,kaklong bersyukur kalau dapat bersua muka dengan kamu semua..
gembira dan amanlah kamu adik-adik..


AL-FATIHAH

  1. MUHAMMAD BIN OMAR           1992
  2. MUHAMMAD ALI BIN OMAR    1993
  3. SITI AMINAH BINTI OMAR        1994
  4. NUR HAMIZAH BINTI OMAR    1996

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen dengan tulusnya..ahakzzz~~~~