SELAMAT DATANG. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BELOG CAPUK INI. (>_<)

BARISAN DI AKHIRAT 2

Assalamualaikum


yeahh,entry yg lepas cik nurul da janji nk sambung barisan/golongan manusia di akhirat,okey,jom kita muhasabah diri sama2 dan renungkan kita nk mahu berada di golongan yg mana!!sape yg nk baca golongan 1-6,scroll ke bwh n nampak entry BARISAN DI AKHIRAT 1


BARISAN KETUJUH
- Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.. 


BARISAN KELAPAN
- Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.. 


BARISAN KESEMBILAN
- Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenar-benarnya. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.. 

BARISAN KESEPULUH
- Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEBELAS
- Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA BELAS
- Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksan bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. " Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik,mereka menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. tempat mereka adalah di syurga.



Di mana barisan kita sebenarnya???

p/s :untuk iktibar semua!! wallahu a'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen dengan tulusnya..ahakzzz~~~~