SELAMAT DATANG. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BELOG CAPUK INI. (>_<)

BARISAN DI AKHIRAT 1

Lepas penat tacap2 blog ni,nurul baring2 baca buku tentang agama yg ayah nurul beli siang td.Ntah kenapa tertarik nk baca buku ni. Sgt m'datangkan keinsafan pada diri nurul. Harap insaf dan ingat sampai bila2 la.
Antara perkara yg menarik nurul nk share kan : BARISAN UMAT ISLAM DI AKHIRAT
Actually ada 12 BARISAN,maknanya ada 12 golongan ketika tue..SUBHANALLAH.


BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. "Mereka adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.. 


BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. " Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai,sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "Maka mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KEEMPAT
- Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. " Maka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. " Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


SUBHANALLAH,dimanakah tempat kita sebenarnya,sama-sama la kita renungkan dan ambil pedoman.Cik nurul juga manusia yg byk buat kesalahan dan dosa tanpa sedar/sedar. Mari lah kita perbaiki mana-mana yg buruk dalam diri kita!!


p/s :masih ada 6 barisan yg belum diceritakan,next entry!!

1 ulasan:

komen dengan tulusnya..ahakzzz~~~~